Malaysia catat aliran keluar asing sebanyak RM11.65 bilion - Utusan Malaysia

Malaysia catat aliran keluar asing sebanyak RM11.65 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Dis.  – Malaysia mencatat aliran keluar bersih asing sebanyak RM11.65 bilion sehingga 28 Disember 2018, aliran keluar bersih asing tahunan terbesar sejak 2015, kata Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) Amanah Investment Bank Bhd.

Sejumlah RM19.49 bilion ekuiti ditarik keluar, katanya dalam laporan aliran dana mingguan MIDF.

“Walaupun jumlah ini mengimbangi kemasukan bersih asing tahun lepas sebanyak RM10.33 bilion, Malaysia merupakan negara yang mencatat aliran keluar kedua terendah dalam kalangan empat pasaran ASEAN yang kami pantau,” kata laporan itu.

Laporan itu berkata, penjualan bersih asing hari ini merosot kepada RM13.0 juta sebelum hari Krismas, berbanding tiga hari sebelumnya yang menyaksikan aliran keluar bersih asing melebihi RM100 juta.

“Penurunan jualan bersih asing sebahagiannya dikaitkan dengan ikrar Beijing untuk menyokong ekonomi berikutan kelembapan perdagangan global, menerusi pengurangan cukai dan mengekalkan kecairan,” katanya.

Dana asing membawa keluar RM60.6 juta pada Boxing Day (26 Dis), mengambil petunjuk ketegangan politik yang tidak menguntungkan di Amerika Syarikat (AS), apabila Presiden Donald Trump bermusuhan dengan Pengerusi Rizab Persekutuan.

“Ini selari dengan tiga rakan ASEAN (Thailand, Indonesia, Filipina) lain kami pantau.

“Bagaimanapun, tahap jualan bersih asing pada Khamis lepas merosot kepada jumlah yang lebih rendah sebanyak RM28.1 juta, susulan lonjakan semalaman di Wall Street, berikutan laporan bahawa jualan percutian AS akan mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam tahun,” kata laporan itu.

Pada 28 Disember, kadar jualan bersih asing berubah kepada RM26.0 juta bersih apabila ketrujaan ke atas pengukuhan pengguna AS hilang tanpa pemangkin.

Sementara itu, kadar penyertaan dalam kalangan pelbagai kumpulan pelabur menyaksikan penurunan secara menyeluruh.

Nilai purata dagangan harian (ADTV) bagi pelabur asing mencatatkan penurunan mingguan terbesar sebanyak 58.7 peratus selepas merosot di bawah RM1 bilion kepada RM475 juta.

“Kami perhatikan bahawa ADTV mingguan untuk warga asing juga paling rendah pada minggu lepas 2017,” kata laporan itu.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×