MANILA 30 Dis. – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mencetuskan kemarahan orang ramai selepas beliau mengaku melakukan gangguan seksual terhadap pembantu rumahnya ketika remaja.
Pengakuan Duterte itu disifatkan oleh kumpulan hak asasi wanita sebagai satu ‘galakan’ melakukan penderaan seksual selain tindakannya itu adalah satu cubaan merogol.
Kumpulan berkenaan turut mendesak agar Duterte meletakkan jawatannya.
Jurucakap Duterte bagaimanapun menyatakan beliau hanya ‘mereka-reka cerita’. – AFP










