LONDON – Kelab gergasi Perancis, Paris saint-Germain (PSG) dilaporkan berminat mendapatkan Aaron Ramsey dengan harga 9 juta (RM47.3 juta) pada Januari depan.
Kontrak perancang Arsenal itu akan berakhir hujung musim ini selepas The Gunners enggan menawarkan kontrak baharu kepadanya.
PSG dikatakan bersedia menawarkan peluang kepada pemain antarabangsa Wales itu apabila jendela perpindahan dibuka Januari nanti meskipun Juventus dan Bayern Munich juga dilaporkan berminat ke atas pemain tersebut.
Juara Ligue 1 itu mahu memperkuatkan jentera tengah mereka setelah Adrien Rabiot bakal meninggalkan kelab tersebut sama ada bulan depan atau musim panas ini.
Ramsey sebelum ini banyak memanaskan bangku simpanan buat Arsenal dalam kempen Liga Perdana England musim ini, sekali gus membuatkan pengurus Unai Emery terpaksa menjualnya. – Agensi










