Inkues: Tok Mat persoal campur tangan Muhyiddin - Utusan Malaysia

Inkues: Tok Mat persoal campur tangan Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan tindakan Menteri Dalam Negeri yang campur tangan dalam urusan siasatan polis dan pendakwaan Peguam Negara terhadap status kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

MOHAMAD HASAN

‘‘Saya terpanggil untuk bertanya kenapa Menteri Dalam Negeri yang memberi kenya­taan akhbar dan bukan Peguam Negara sendiri?

‘‘Ini memberi persepsi bahawa Menteri Dalam Negeri campur tangan terhadap urusan siasatan polis dan pendakwaan Peguam Negara,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Mohamad turut mempersoalkan mengenai Peguam Negara yang didakwa mengarahkan satu inkues kematian dibuat sedangkan polis masih menyia­sat kes kematian Adib sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

‘‘Adakah Peguam Negara sudah tidak percaya dengan kredibiliti dan kecekapan pihak polis melakukan tugas siasatan kes bunuh ini?

‘‘Sudah tentu satu tindakan menyiasat punca kematian dan menyiasat siapa yang menyebabkan kematian Allahyarham Adib merupakan objektif yang berlainan? soalnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×