Hantaran kucing pupuk sikap sayangkan haiwan – Mufti - Utusan Malaysia

Hantaran kucing pupuk sikap sayangkan haiwan – Mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Majlis pertunangan pasangan Tengku Nurul Atika Nabiha Tengku Roslan, 23, dan Mohamed Ibtisam Syafiq Azmi, 23, yang menjadikan seekor kucing sebagai hantaran dilihat mampu memupuk serta menyemai sikap sayangkan haiwan.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, perkara itu tidak menjadi kesalahan kera­na pemberian kucing itu adalah hadiah dalam majlis pertunangan dan bukan sebagai hantaran ataupun mas kahwin.

“Tiada masalah mahu jadikan kucing sebagai hantaran, kita sedia maklum hantaran adalah hadiah dan hanya adat masyarakat Melayu.

“Jadi terpulang kepada pasa­ngan­ itu untuk memberikan apa sahaja asalkan bukan mas kahwin atau barangan yang boleh memudaratkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai pasangan dari Pahang yang menjadikan kucing kacukan jenis baka Parsi dan British Short Hair sebagai salah satu daripada hantaran pertunangan.

Mohd. Yusof berkata, hanya pemberian yang berbentuk penghinaan, amaran atau yang boleh memudaratkan tidak dibenarkan.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, secara hukumnya, setiap hantaran perkahwinan atau mas kahwin yang dikete­ngahkan Islam adalah barangan yang mempunyai nilai seperti mata wang ataupun emas.

“Dalam isu ini, mereka hanya mengikat tali perhubungan dalam majlis pertunangan sahaja, bukan majlis per­kahwinan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×