Syed Saddiq jelas banyak pertemuan antara KBS dan Kerajaan Negeri Johor - Utusan Malaysia

Syed Saddiq jelas banyak pertemuan antara KBS dan Kerajaan Negeri Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Dis. – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan banyak pertemuan telah diadakan antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor berhubung penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2020.

Menurut beliau, paling terbaharu adalah mesyuarat melibatkan kementeriannya dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan pihak kerajaan negeri berlangsung pada 14 Disember lalu.

“Menteri Besar Johor (Datuk Osman Sapian) telah buat kenyataan bahawa banyak pertemuan telah berlangsung antara pelbagai pihak.

“Tetapi saya tetap faham kritikan Tunku (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim), walau apa terjadi saya tetap doakan Tunku dan keluarga sebagai Bangsa Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Tunku Ibrahim menurut akaun Twitter miliknya semalam mempersoalkan penganjuran Sukma 2020 di Johor yang sehingga kini menimbulkan tanda tanya.

Titah Tunku Ibrahim, tiada sebarang perbincangan dan gerak kerja termasuk peruntukan daripada kerajaan pusat seperti dijanjikan sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×