Rafizi dilantik sebagai Naib Presiden PKR - Utusan Malaysia

Rafizi dilantik sebagai Naib Presiden PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Dis. – PKR mengumumkan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik sebagai naib presiden parti itu bagi tempoh 2018-2021.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini bermesyuarat bagi memutuskan jawatan-jawatan lantikan termasuk jawatan berkenaan.

PKR kini mempunyai tiga naib presiden yang terdiri daripada Rafizi; Chang Lih Kang dan Ali Biju (Sabah/Sarawak).

“Turut dibincangkan adalah pelantikan jawatan-jawatan MPP selepas pemilihan MPP dan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Berikut adalah senarai kepemimpinan tertinggi lantikan PKR bagi penggal 2018-2021:

Naib Presiden: Rafizi Ramli
Naib Presiden: Chang Lih Kang
Naib Presiden (Sabah/Sarawak): Ali Biju
Setiausaha Agung: Saifuddin Nasution Ismail
Bendahari Agung: Lee Chean Chung
Setiausaha Pengelola: Nik Nazmi Nik Ahmad

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×