Rakyat Sabah diminta progresif, dinamik - Utusan Malaysia

Rakyat Sabah diminta progresif, dinamik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 28 Dis. – Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew menyeru rakyat Sabah supaya menjadi progresif, dinamik dan bingkas untuk mencatatkan kejayaan seterusnya pada tahun akan datang serta sentiasa mengambil kesempatan menggunakan platform yang disediakan kerajaan untuk melakukan yang terbaik.

Beliau juga menggesa rakyat negeri itu supaya menjadi inovatif dan kreatif memandangkan negara menuju ke arah menjadi negara maju.

“Kita menghampiri tahun baru dan kita perlu amat bersyukur. Hari esok yang lebih baik dapat dilakukan dengan bekerjasama, marilah kita semua berusaha dan bekerja dengan lebih gigih lagi untuk mencatatkan satu lagi tahun yang berjaya,” katanya semasa berucap pada penyampaian sijil Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Imago Mall di sini, hari ini.

Imago Mall diiktiraf MBOR hari ini kerana mencipta pokok Krismas berputar tertinggi dengan ketinggian 11.2 meter dan lebar 11.1 meter.

Wakil MBOR menyerahkan sijil pengiktirafan itu kepada Pengarah Eksekutif Asian Pac’s Holding Berhad Dr Yu Tat Loong dan disaksikan oleh Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×