406 tender pelbagai perkhidmatan di sekolah, institusi pendidikan dibatalkan - Utusan Malaysia

406 tender pelbagai perkhidmatan di sekolah, institusi pendidikan dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Sebanyak 406 tender membabitkan perkhidmatan membekal makanan, kebersihan bangunan dan kawasan sekolah serta kawalan keselamatan dibatalkan mulai tahun depan.

Kesemua pembatalan tersebut telah dikeluarkan melalui empat notis yang dipaparkan di laman web Kementerian Pendidikan.

Notis pertama dikeluarkan pada 8 Ogos lalu melibatkan 206 pembatalan tender pelbagai perkhidmatan kerana penambahbaikan skop dan spesifikasi tender asal dan pelaksanaan tender secara elektronik melalui sistem e-Perolehan sepenuhnya.

Kementerian Pendidikan turut mengeluarkan notis kedua dan ketiga bertarikh sama iaitu pada 21 September lalu membabitkan 94 tender perkhidmatan bagi tempoh 1 Januari tahun depan hingga 31 Disember 2021.

Pembatalan perkhidmatan yang terlibat adalah perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan ke sekolah serta institusi pendidikan.

Seterusnya, notis ketiga melibatkan pembatalan 98 tender perkhidmatan membekal makanan bermasak ke sekolah dan institusi pendidikan bagi tempoh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2020.

Dalam pada itu, notis keempat dikeluarkan pada 5 Oktober lalu melibatkan pembatalan perkhidmatan di lapan sekolah di Kedah, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×