28 cedera, gempa bumi 4.8 skala Ritcher - Utusan Malaysia

28 cedera, gempa bumi 4.8 skala Ritcher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 27 Dis. – Pihak Berkuasa Itali mengesahkan seramai 28 orang cedera dalam kejadian gempa bumi yang berlaku disebabkan letusan dari Gunung Berapi Etna di sini semalam.

Menurut Agensi Berita Ansa, sekurang-kurangnya 10 daripada 28 yang cedera kebanyakan adalah orang tua dan telah dibawa ke hopital untuk menerima rawatan lanjut.

“Keseluruhannya, sekitar 600 orang terlibat dalam pengungsian dari rumah mereka sebagai langkah berjaga-jaga semalam,” katanya.

Gunung Berapi Etna dengan ketinggian 3,350 dari paras laut terletak pada bahagian timur Sicily merupakan yang terbesar dan tertinggi di Eropah malah salah satu paling aktif di dunia. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×