Bomoh wanita dan kekasih didakwa pukul wanita dalam ritual pelik - Utusan Malaysia

Bomoh wanita dan kekasih didakwa pukul wanita dalam ritual pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Akibat melakukan satu ritual pelik hingga memukul seorang wanita dengan buluh dan kayu hingga parah di Machang, seorang bomoh wanita serta teman lelakinya seorang konstabel percubaan polis yang lari daripada tugas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Siti Nurul Iman Abdullah, 29, dan Mohd. Haziq Ab. Hamid @ Fauzi, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mereka didakwa bersama-sama dengan seorang yang masih belum dituduh telah dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan sebatang buluh dan sebatang kayu terhadap Siti Normah Abdullah, 59, sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Pasangan kekasih itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah tanpa nombor dalam daerah Machang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi pada 14 Disember lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala hanya Mohd. Haziq diwakili peguam Ahmad Farhan Abdul Halim.

Difahamkan, semasa kejadian terdapat saksi melihat tertuduh wanita yang berasal dari Sri Aman, Sarawak itu dilihat menari-nari di hadapan rumah mangsa sebelum wanita tersebut dipukul dengan kayu dan buluh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×