Trent suami Raja Ilya - Utusan Malaysia

Trent suami Raja Ilya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Raja Ilya, 33, sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia yang dikenali sebagai TWG atau Trent, 37 pada 23 Disember lalu.

Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, majlis pernikahan mereka diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

“Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap kenalan dan peminat doakan jodoh kami kekal selamanya,” katanya.

Ilya menambah, dia masih sibuk dengan jadual penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang akan disambung di Perth bulan depan. – K! ONLINE

Katanya, jika ada rezeki dia tidak menolak untuk mengatur sebuah majlis resepsi di Malaysia bergantung kepada kelapangan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×