Yayasan Eco World bantu pesakit buah pinggang - Utusan Malaysia

Yayasan Eco World bantu pesakit buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Yayasan Eco World menyumbangkan sejumlah RM80,000 bagi membantu pesakit buah pinggang kronik yang menerima rawatan di Pusat Hemodialisis Dato Lee Kok Chee di sini hari ini.

Bantuan itu diberikan dalam bentuk sebuah mesin hemodialisis dan mesin “reprocessor melalui Pertubuhan Medifund Kuala Lumpur (PMKL) sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab menyediakan rawatan tersebut.

Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pesakit yang menerima rawatan di pusat itu terutama mereka yang dibebani masalah kewangan.

“Rata-rata pesakit terpaksa menjalani rawatan dialisis yang memerlukan kira-kira RM1,000 sebulan di pusat dialisis sekitar ibu negara dan kos tersebut belum termasuk suntikan akibat kehilangan sel darah merah.

“Pemberian ini diharapkan dapat meningkatkan operasi hemodialisis bagi membantu orang ramai yang memerlukan perkhidmatan berkenaan selain menambah baik mesin sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar di Jalan Ampang di sini hari ini.

Menurutnya, Yayasan Eco World bersedia mendermakan kira-kira 10 mesin hemodialisis setiap tahun kepada NGO yang disahkan untuk menguruskan pusat hemodialisis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×