[VIDEO]Azwanddin direman 4 hari - Utusan Malaysia

[VIDEO]Azwanddin direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 27 Dis.- Mahkamah Majistret membenarkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah direman empat hari ekoran kenyataannya semasa Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P. Waytha Moorthy di Dataran Seni Klang kelmarin.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan kira-kira pukul 10.15 pagi.

Azwanddin yang juga merupakan Penasihat Gagasan Tiga Malaysia (G3) direman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Terdahulu, Azwanddin tiba di perkarangan mahkamah memakai kemeja berwarna biru pada pukul 9.10 pagi hampir tersungkur ketika turun dari trak polis akibat tersadung kerana Orang Kena Tuduh (OKT) yang berkongsi gari dengannya berjalan terlalu laju.

Dalam perhimpunan kelmarin anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras), Azwanddin ketika berucap mengeluarkan kenyataan akan menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang menyebabkan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak ditangkap. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×