KUALA LUMPUR – Tidak puas hati mengenai kebersihan rumah dipercayai menjadi punca kematian seorang warga emas di apartmen Suria Magna, Kepong di sini kelmarin.
Mayat mangsa berketurunan Cina yang berusia 65 tahun itu dijumpai pada pukul 9.50 pagi dalam keadaan kepalanya berlumuran darah di kawasan anjung rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan rakan serumahnya yang berusia 60 tahun.
“Semasa kejadian berlaku tolak menolak sebelum mangsa terjatuh dan terhantuk pada dinding.
“Warga emas itu yang mengalami kecederaan pada kepala disahkan mati oleh pegawai perubatan Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










