SHAH ALAM – Polis Selangor menahan Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah bagi membantu siasatan susulan kenyataannya yang berunsur provokasi ketika berucap pada Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P. Waytha Moorthy, di Dataran Seni Klang dekat sini kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Azwanddin ditahan kira-kira pukul 2.40 petang semalam di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Katanya, aktivis terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan lanjut.
“Kami akan menyiasat Azwanddin mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana melakukan penghinaan ke atas individu.
“Memandangkan siasatan lanjut perlu diteruskan atas ugutan untuk serang balai polis, beliau akan direman di Mahkamah Klang jam 9 pagi esok (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.









