Rebat bil elektrik RM40 kepada miskin tegar - Utusan Malaysia

Rebat bil elektrik RM40 kepada miskin tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) memperuntukkan RM80 juta untuk diberi sebagai Rebat Bil Elektrik berjumlah RM40 kepada 185,000 rakyat miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih, bermula 1 Januari ini.

MESTECC dalam satu kenyataan berkata, program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program bantuan kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

“Di bawah program ini, ketua isi rumah miskin tegar dan miskin di bawah eKasih yang telah dikenal pasti akan menerima bil elektrik secara percuma sehingga RM40 sebulan, bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik mereka.

“Sekiranya penggunaan elektrik adalah di bawah RM40 sebulan, secara automatik ketua isi rumah tersebut akan menerima bil elektrik percuma berdasarkan bil sebenarnya. Bagaimanapun, sekiranya penggunaan elektrik me­lebihi RM40 sebulan, ketua isi rumah tersebut hanya perlu membayar baki bil selepas ditolak bantuan rebat sebanyak RM40 tersebut,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×