Warkah dari Cordoba: Mujahid diminta jelaskan siapa yang memfitnah - Utusan Malaysia

Warkah dari Cordoba: Mujahid diminta jelaskan siapa yang memfitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Warkah dari Cordoba daripada Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof kepada Nurul Izzah Anwar terus mendapat perhatian apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu diminta menjelaskan siapa yang memfitnah dan apa fitnahnya.

Ini ekoran dalam hantaran di Facebook itu, Dr. Mujahid berkata Nurul Izzah terpaksa menanggung kepedihan dan penderitaan akibat fitnah ke atas ayahandanya.

Seorang warganet, Madi Azmadi dalam tweetnya berkata, dia tidak mahu menyentuh tentang adinda kekanda, tetapi mahu Dr. Mujahid menjelaskan perkara yang berkaitan fitnah itu.

“Panjang warkah YB @mujahidrawa. Taknaklah sentuh pasal adinda kekanda. Dalam surat itu berulang kali ditulis tentang ‘fitnah dan aib 90-an’. Sebagai menteri penuh, elok YB jelaskan siapa yang memfitnah dan apa fitnahnya.

“Tahun 90-an saya budak-budak lagi. Tak faham sangat,” demikian tweet Madi Azmadi yang turut di tweet semula oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Dalam hantaran ke Facebooknya yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia, selain berbahasa kekanda dan adinda, Dr. Mujahid turut berkata, sejak mengenali Nurul Izzah, beliau bersimpati kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terpaksa menanggung penderitaan kerana fitnah.

“Sejak kekanda mengenali adinda, adinda masih remaja dan amatlah kekanda bersedih dan bersimpati betapa remaja seperti adinda terpaksa melalui saat-saat duka menanggung kepedihan fitnah ke atas ayahanda yang dikasihi.

“Bukan mudah penderitaan tersebut, terpaksa menanggung kata keji manusia yang memfitnah sedangkan kita ada kawan, sekolah dan masa depan yang kita harus tempuhi.

“Bukan calang-calang manusia yang mampu berhadapan dengannya apatah lagi sebagai anak sulung, adinda terpaksa membebani jua penderitaan adik-adik yang masih kebingungan,” itu antara catatan Dr. Mujahid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×