LONDON 27 Dis. – Juara bertahan, Manchester City terus dirundung malang apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas dikejutkan 1-2 oleh Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.
Liverpool pula terus mengukuhkan kedudukan pendahulu liga selepas membelasah Newcastle 4-0 di Anfield manakala Tottenham menghambat di tangga kedua dengan berpesta gol 5-0 ke atas Bournemouth.
Berikut adalah keputusan ‘Boxing Day’ Liga Perdana yang berlangsung hari ini. – UTUSAN ONLINE
KEPUTUSAN
Burnley 1 Everton 5
Crystal Palace 0 Cardiff 0
Leicester 2 Man. City 1
Liverpool 4 Newcastle 0
Man. United 3 Huddersfield 1
Tottenham 5 Bournemouth 0










