Pemeriksaan kesihatan buat semua kanak-kanak ditahan- CBP - Utusan Malaysia

Pemeriksaan kesihatan buat semua kanak-kanak ditahan- CBP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 26 Dis. – Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pemeriksaan kesihatan kepada semua kanak-kanak yang ditahan hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat selepas seorang kanak-kanak pelarian Guatemala berusia lapan tahun mati dalam tahanan semalam.

Menurut Pesuruhjaya CBP, Kevin K. McAleenan, agensi tersebut akan menjalankan pemeriksaan kesihatan sekunder kepada semua kanak-kanak dibawah jagaan dan tahanan mereka.

“Polisi akan dikaji semula khususnya mengenai penjagaan dan penahanan kanak-kanak dibawah 10 tahun.

“Kematian seorang kanak-kanak semalam merupakan satu kehilangan yang tragik dan bagi pihak CBP rasa simpati kami kepada keluarganya,” katanya.

Kematian kanak-kanak itu merupakan kejadian kedua dalam bulan ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×