Lelaki warga Bangladesh maut jatuh lubang lif - Utusan Malaysia

Lelaki warga Bangladesh maut jatuh lubang lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI MANJUNG – Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas dia terjatuh ke dalam lubang ruangan lif tingkat tiga sebuah bangunan yang hampir siap berhampiran pasar raya Aeon Seri Manjung di sini petang tadi. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.40 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Tiba di lokasi, mangsa didapati tidak bergerak selepas terjatuh pada ketinggian 3.6 meter dari tingkat tiga bangunan berkenaan. 

“Anggota kemudian mengeluarkan mangsa menggunakan tali dan pengusung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.17 petang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×