PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan - Utusan Malaysia

PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran jawatan membabitkan tiga pegawai kanannya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk  Asmawati Ahmad berkata, pertukaran tersebut akan berkuatkuasa pada 28 Januari tahun hadapan.

“Pertukaran didahuli dengan Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik), Bahagian Dasar Sumber Manusia,  Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Asri Md. Akhir akan bertukar ke Penolong Pengarah Perjawatan (PRP dan Konstabel), Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“Sementara Penolong Pengarah Perjawatan (PRP dan Konstabel), Cawangan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Dr. Che Ghazali Che Awang akan bertukar ke Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, pertukaran terakhir melibatkan Ketua Penolong Pengarah (Pasukan Gerakan Khas), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, ACP Anuar Rosdi bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah (Perisikan/Siasatan Khas), Pasukan Gerakan Khas Bahagian Perisikan /Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×