Hala tuju jelas, tiada alasan lompat parti - Utusan Malaysia

Hala tuju jelas, tiada alasan lompat parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Pendirian dan hala tuju jelas hasil Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO semalam seharusnya menyedarkan kelompok tertentu dalam parti khususnya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk tidak lagi berkira-kira melompat parti.

Kesediaan Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersemuka de­ngan semua Ahli Parlimen, mahu menjadikan parti berteraskan Melayu itu sebagai pembangkang berwibawa dan menjuarai isu rakyat sekali gus memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merupakan intipati yang dicari-cari kepemim­pinan serta akar umbi selama ini.

ASYRAF WAJDI
ASYRAF WAJDI 

Selain itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, keputusan menghentikan sebarang bentuk rundingan pintu belakang untuk menjadi kerajaan yang merupakan punca berlakunya ‘berantakan’ dalam kalangan Ahli Parlimen juga mampu meleraikan krisis keyakinan kepada parti yang dihadapi kini.

‘‘Sebelum ini, apa yang berlaku adalah kita tidak memberi penjelasan kepada hala tuju parti. Namun, apa yang kita bincang semalam dan disepakati secara konsensus adalah kita perlu memperkasakan parti dengan menjadi pembangkang yang ber­­­­­kesan dalam mem­bela rakyat ber­depan kerajaan Pakatan Harapan yang bercelaru.

‘‘Selain itu, kita juga bersetuju menghentikan rundingan pintu belakang yang menyebabkan berlakunya perpecahan kerana ada (Ahli Parlimen) yang lunak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, ada juga kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ada mahu bersama UMNO. Berkelompok-kelompok,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Tambah Asyraf Wajdi, UMNO di bawah pimpinan Mohamad mengambil keputusan menolak rundingan pintu belakang ke­rana tidak mahu berkompromi berhubung isu agama Islam dan orang Melayu dengan kerajaan khususnya DAP yang diketahui merupakan sebuah parti cauvanis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×