KUALA LUMPUR – Penumpang wanita yang berada di dalam koc khas untuk kaum hawa diselubungi kebimbangan ekoran perbuatan terlampau seorang lelaki miang yang melakukan gangguan seksual ke atas pengguna khidmat Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di sini.
Perbuatan tidak senonoh lelaki berpakaian wanita dan lengkap bertudung itu terbongkar selepas gambarnya tular di media sosial sejak kelmarin.
Dakwaan itu ada asasnya apabila ramai netizen terutamanya wanita memberi komen mengenai kejadian tersebut.
Seorang penumpang wanita yang memuat naik gambar itu mendakwa, dia sudah beberapa kali melihat kejadian tersebut membabitkan individu yang sama. Bagaimanapun dia tidak mendedahkan di mana lokasi stesen komuter ketika kejadian itu berlaku.
“Nila (inilah) orang yang sama yang aku nampak keluarkan kemaluan dia dekat celah zip kain, gosok dekat kakak seorang yang tengah berdiri, memang orang yang sama.
“Pakai tudung tapi muka berjambang, ngeri ternampak dia (pelaku) buat kerja tu, dua hari aku jadi penyiasat tengok dia buat perangai, hari ini jumpa lagi,” jelas individu tersebut seperti yang tular di media sosial terutamanya Twitter dan Facebook.
Ekoran pendedahan itu, rata-rata netizen memberikan komen yang mereka mengecam perbuatan tersebut dan tidak selesa dengan tindakan lelaki gila seks tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










