Peguam rugi RM107,500 terpedaya pakej pelancongan tidak wujud - Utusan Malaysia

Peguam rugi RM107,500 terpedaya pakej pelancongan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 22 Dis. – Seorang peguam menanggung kerugian setelah ejen pelancongan yang menawarkan pakej percutian ke luar negara ‘lenyap’ selepas bayaran sebanyak RM107,500 dibuat.

SUPRINTENDEN MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
SUPRINTENDEN MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa pada Jun lalu dihubungi oleh suspek dikenali sebagai Norhisyam.

Katanya, Norhisyam bertanyakan apakah mangsa mahu ke Korea dan suspek bersedia menguruskan semua pakej tersebut.

“Mangsa bersetuju dan seramai 31 orang mahu mengikutnya. Mangsa membuat pembayaran tunai dan dimasukkan ke dalam akaun suspek namun apabila tiba tarikh dijanjikan Norhisyam memberikan pelbagai alasan.

“Mangsa berasa tertipu dan membuat laporan polis di Ibu oejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×