Pemimpin tinggi Boko Haram ditangkap - Utusan Malaysia

Pemimpin tinggi Boko Haram ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANO, Nigeria 22 Dis. – Pemimpin tinggi kumpulan militan, Boko Haram berjaya ditangkap bersama 7 anggota di sini semalam.

Menurut kenyataan polis, pemimpin tersebut ialah Umar Abdulmalik yang didakwa merancang dua pengeboman di Abuja hingga mengorbankan 18 nyawa.

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci didedahkan dalam kenyataan berkenaan.

Pada minggu lalu, dua askar Nigeria terbunuh dalam letupan lombong tepi jalan di luar bandar Gamboru berdekatan sempadan Cameroon.

Lebih 27,000 orang mati dan 1.8 juta penduduk hilang tempat tinggal sejak bermulanya pemberontakan di timur laut negera itu pada 2009. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×