Penginapan pelancongan dikecualikan cukai RM70 - Utusan Malaysia

Penginapan pelancongan dikecualikan cukai RM70

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Dis. – Semua pengusaha premis pengina­pan pelancongan dikecu­a­likan daripada bayaran RM70 ketika mendaftarkan premis mulai 1 Januari hingga 30 Mac tahun depan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamad­din Ketapi.

Beliau berkata setakat ini kira-kira 1,700 pengusaha premis termasuk hotel, resort, rumah tumpangan, asrama dan rumah inapan masih belum mendaftarkan penginapan mereka.

MOHAMADDIN KETAPI
MOHAMADDIN KETAPI 

“Saya menyeru kepada semua pengusaha yang belum berdaftar untuk mengambil peluang mendaf­tarkan pre­mis penginapan terlebih dahulu sebelum memohon lesen perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan,” katanya selepas melancarkan sesi libat urus bersama penggiat industri di sini hari ini.

Sesi itu melibatkan lebih 300 penggiat industri pelancongan dan seni bagi membincangkan kajian semakan Dasar Pelancongan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menentukan hala tuju industri pelancongan Malaysia hingga tahun 2030.

Mohammadin berkata, kajian ke atas Dasar Pelancongan Negara kini dalam proses akhir untuk dimuktamadkan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×