Lelaki sesat sendirian dalam hutan berjaya ditemui - Utusan Malaysia

Lelaki sesat sendirian dalam hutan berjaya ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Telefon pintar yang dibawa bersama berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada tersesat lebih lama di dalam Hutan Lipur Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam apabila dia ditemui pasukan penyelamat sebentar tadi.

Mangsa berusia 25 tahun yang tersesat sendirian ketika melakukan aktiviti memanjat bukit di hutan lipur berkenaan ditemui kira-kira pukul 8.25 malam oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Jurucakapnya berkata, mangsa telah menghubungi pihak bomba pada pukul 6.46 petang tadi menggunakan telefon pintarnya bagi memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa dapat dihubungi semula melalui telefon dan dia turut menghantar lokasi kedudukannya melalui aplikasi telefon pintar WhatsApp kepada komander operasi.

“Dia akhirnya berjaya ditemui ketika pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×