Niaga selagi boleh - Utusan Malaysia

Niaga selagi boleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itulah yang dibuktikan oleh seorang peniaga pisang goreng tetap meneruskan perniagaan seperti biasa meskipun gerai yang terletak di hadapan rumah di Kampung Senor, Meranti di sini sudah ditenggelami banjir sedalam 0.3 meter.

Siti Noor Muhammad, 50, berkata, situasi itu bukan halangan buatnya untuk meneruskan perniagaan pisang goreng yang sudah diusahakan sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia hanya akan menutup operasi gerainya itu apabila diarahkan berpindah oleh pasukan penyelamat.

“Selagi tidak tenggelam dan membahayakan keselamatan, saya akan terus berniaga pisang goreng seperti biasa.

“Lagipun, saya sudah biasa dengan situasi tersebut memandangkan kawasan Kampung Senor selalu ditenggelami banjir pada musim tengkujuh,” katanya, di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Online mendapati pisang goreng yang dijual Siti Noor itu laris dan menjadi tumpuan penduduk setempat.

Siti Noor memberitahu, permintaan pisang goreng di musim tengkujuh agak tinggi berbanding hari-hari biasa.

Katanya, situasi itu memberikan pendapatan tambahan buat dia dan keluarga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×