Barcelona perlu selamatkan Isco - Utusan Malaysia

Barcelona perlu selamatkan Isco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Legenda Barcelona, Rivaldo menggesa pihak pengurusan pasukan tetsebut melakukan sesuatu untuk mendapatkan khidmat pemain Real Madrid, Isco untuk dibawa ke Camp Nou.

Isco berdepan kesulitan di Santiago Bernabeu ketika ini apabila tidak menjadi pilihan jurulatih, Santiago Solari yang dilantik selepas pemecatan Julen Lopetegui Oktober lalu.

Dia hanya beraksi dalam lima aksi La Liga setakat ini dan dilihat gagal me­ngawal emosi selepas diejek oleh penyokong sendiri apabila terlepas peluang menjaringkan gol ketika Real tumbang 0-3 kepada CSKA pada aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Khamis lalu.

Perkembangan terbaharu menyaksikan The Galacticos dilaporkan bersedia untuk melepaskan khidmat Isco dan Rivaldo yang beraksi buat Barcelona antara tahun 1997 hingga 2002 mahu bekas majikannya itu berusaha mendapatkan pemain berkenaan.

“Jika anda bertanya saya adakah mahu melihat Isco di Barcelona, saya akan katakan ya.

“Dia adalah seorang pemain yang baik dan Barcelona memerlukan pemain seperti itu.

“Namun, ia bukan suatu yang mudah untuk membawa Isco ke Camp Nou. Saya tidak boleh bayangkan dua musuh tradisi berurusan mengenai perpindahan pemain,” kata­nya.

Mengulas mengenai situ­asi semasa Real yang dilihat mengalami kemerosotan prestasi, Rivaldo­ mengakui pasukan itu memerlukan seorang penye­rang selepas kehilangan Cristiano Ronaldo.

“Mereka hilang kekuatan di bahagian serangan dan mereka perlu menyelesaikan masalah ini sebelum bermulanya aksi pu­singan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara.

“Selepas pemergian Ronaldo, saya fikir mereka perlu mencari penyerang yang mampu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×