Abdul Aziz letak jawatan Pengerusi Eksekutif UMMB - Utusan Malaysia

Abdul Aziz letak jawatan Pengerusi Eksekutif UMMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) berkuat kuasa hari ini. Menurut UMMB dalam makluman kepada Bursa Malaysia, beliau melepaskan jawatan tersebut disebabkan komitmen lain terhadap urusan perniagaan

Abd. Aziz, 55, dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif pada 7 Jun lalu selepas lebih dua ming­gu peletakan jawatan secara sukarela membabitkan empat pengarah termasuk bekas pengerusi, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.

Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru dan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Indiana University, Indiana, Amerika Syarikat (AS).

UMMB turut mengumumkan Datuk Dr. Ibrahim Yahaya akan mengisi jawatan baharu sebagai Pengarah Eksekutif. Beliau sebelum ini adalah Pengarah Bebas.

Perubahan jawatan itu adalah seiring dengan pelantikan Ibrahim sebagai Ketua Pengarang Kumpulan berkuat kuasa 13 Disember 2018.

Ibrahim, 58, merupakan bekas Setiausaha Media kepada Timbalan Perdana Menteri sejak Ogos 2015 hingga Mei 2018.

Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Pengarah Penyiaran di Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 2009, Penasihat Media kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 2011 dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV dari Ogos 2013 hingga Disember 2014.

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Bebas UMMB.

Beliau yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bermula 2013 hingga 2018 dan Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×