Mahathir sudah sedia maklum - Azizah - Utusan Malaysia

Mahathir sudah sedia maklum – Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan akan mencari jalan penyelesaian dalam menangani kebanjiran penempatan pelarian Rohingya di Bukit Malut, Langkawi, Kedah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, Malaysia merupakan antara salah satu tempat kepada pelarian etnik itu mencari tempat perlindungan. 

Katanya, kerajaan juga telah menyuarakan mengenai masalah pelarian terhadap negara Myanmar sebelum ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah salah satu yang kita dapati dan saya kira (Perdana Menteri) Tun. Dr. Mahathir Mohamad sendiri maklum perkara ini. 

“Apa yang saya difahamkan mereka telah lama duduk di situ dan kita mesti lihat dalam menangani masalah ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini hari ini.

Beliau yang merupakan Pengerusi MCPF memberitahu, susun atur penempatan pelarian ini penting supaya isu persekitaran tidak timbul sepanjang mereka tinggal di negara ini. 

Jelas Wan Azizah , ini termasuk dari segi bentuk sistem kumbahan dan kekotoran (akibat pembuangan sampah) yang diamalkan oleh pelarian ini. 

Akhbar tempatan hari ini melaporkan 
dianggarkan ada lebih 800 kediaman dibina di Bukit Malut dengan jumlah penghuninya dianggarkan di antara 5,000 hingga 8,000 orang pelarian menetap secara kekal yang difahamkan dibuka sejak 80an.

Penempatan haram itu dibina secara menceroboh tanah rizab hutan paya bakau Bukit Malut, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Kuah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini