Pelan damai Kushner dikecam - Utusan Malaysia

Pelan damai Kushner dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH/AMMAN/KAHERAH 23 Jun – Visi ekonomi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dimuatkan dalam ‘Perjanjian Abad Ini’ sebagai sebahagian untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin, menerima tentangan hebat daripada negara Arab meskipun beberapa pihak di negara Teluk menyeru agar ia diberikan peluang.

Reuters melaporkan, pelan ‘perdamaian untuk kemakmuran’ yang bernilai AS$50 bilion (RM206 bilion) dan bakal dibentangkan oleh penasihat kanan Trump, Jared Kushner pada persidangan ekonomi di Bahrain minggu hadapan, didakwa akan meningkatkan ekonomi Palestin serta negara jiran Arab.

Namun kekurangan penyelesaian politik mencetuskan penolakan bukan sahaja daripada rakyat Palestin tetapi juga negara Arab lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Negara-negara seperti Sudan dan Kuwait menyifatkan pelan Kushner itu sebagai ‘membuang masa’, ‘tidak akan berjaya’ dan ‘gagal di peringkat awal’.

“Tanah air tidak boleh dijual dengan semua wang di dunia. Pelan ini adalah idea broker hartanah, bukannya ahli politik.

“Malah negara Arab tidak dapat menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pelan itu,” kata penganalisis Mesir, Gamal Fahmy. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini