Profesor UiTM jadi wanita kedua paling berpengaruh dalam kewangan Islam  - Utusan Malaysia

Profesor UiTM jadi wanita kedua paling berpengaruh dalam kewangan Islam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pengarah Institut Penyelidikan Perakauan  Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Normah Omar telah dinobatkan sebagai salah  seorang wanita paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam di dunia, Isnin lalu.

Pengaunerahan itu diberikan oleh Cambridge International Finance Advisory, sebuah organisasi perkhidmatan kewangan yang berpusat di United Kingdom. 

Menurut Koordinator Perhubungan Media UiTM, Firdaus Abd. Hanan, Normah menduduki tempat kedua selepas Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso dalam majlis yang diadakan di Dubai. 

Katanya, anugerah itu sekali gus mengiktirafkan dedikasi dan kesungguhan beliau dalam usaha memajukan kajian perlakuan jenayah dalam bidang Kewangan Islam atau Islamic Financial Criminology (IFC). 

“Normah merupakan penyelidik perintis dalam bidang IFC dengan sumbangan telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam.

“Selain itu, Normah juga telah berjaya menaikkan taraf kedudukan usahawan  wanita dengan membangunkan produk-produk baharu kewangan Islam,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×