UMNO Kedah sedia beri kerjasama - Utusan Malaysia

UMNO Kedah sedia beri kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Badan Perhubungan UMNO negeri sedia berdepan dengan kes terbaharu membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada agensi terbabit bagi memastikan kes itu berjalan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO akan terus memberi kerjasama kepada SPRM dan akan menumpukan perhatian untuk membersihkan nama parti melalui proses perundangan di mahkamah.

“Kita berharap kes ini akan diadili melalui proses yang telus,” katanya ringkas dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Suraya mengulas kenyataan SPRM yang berjaya memfailkan permohonan melucut hak di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap pelbagai pihak bagi tujuan mendapatkan semula wang 1MDB berjumlah RM270 juta yang disalah guna.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti seramai 41 individu dan entiti yang menjadi responden terhadap kes itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini