Bukti ketenangan dalam Pas - Utusan Malaysia

Bukti ketenangan dalam Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Ketiadaan pertandingan dalam jawatan tertinggi Pas melibat sayap Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama serta di Pas Pusat sendiri membuktikan ketenangan dalam parti berkenaan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketenangan itu melambangkan tidak wujud pergolakan dalam parti berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu menandakan ketenangan dalam Pas, tidak bergolak dan tidak ada aktiviti ‘video’ dalam Pas,” selorohnya dalam sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya berhubung pemilihan kepemimpinan Pas sempena muktamar kali ini yang dikatakan janggal kerana banyak jawatan tertinggi parti itu dimenangi tanpa bertanding oleh calon.

Pada pemilihan kali ini, jawatan Presiden Pas, Timbalan Presiden, Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat Pas Pusat, bahkan seluruh jawatan Dewan Ulama Pas Pusat dimenangi calon tanpa bertanding.

Sementara itu, mengulas berhubung jangkaan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-15) yang dikatakan dijangka berlaku lebih awal, Abdul Hadi berkata, itu jangkaan semata-mata.

“Itu ilmu Allah, saya tak tahu. Ia cuma ramalan, ramalan boleh buat, ramalan kemungkinan berlaku lebih awal, yang tepatnya kita tidak tahu. Kena tanya Perdana Menteri kerana beliau mengetahuinya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini