Kerajaan negeri rujuk Jawatankuasa Fatwa mengenai jajaran LRT Bayan Lepas - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri rujuk Jawatankuasa Fatwa mengenai jajaran LRT Bayan Lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Kerajaan negeri akan sentiasa menghormati garis panduan hukum hakam Islam dengan merujuk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri sebelum membuat keputusan rasmi bagi cadangan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas di kawasan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, untuk makluman jajaran LRT Bayan Lepas masih pada peringkat kajian dan lawatan tapak di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar baru-baru ini hanyalah sebahagian daripada peninjauan awal.

“Kerajaan negeri menggesa supaya rakyat tidak terpengaruh dengan sebaran tidak sahih mengenai jajaran ini yang dikatakan akan menjejaskan kawasan masjid dan tanah wakaf perkuburan di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masih ada banyak ruang lagi untuk kita dapatkan maklum balas awam sebelum sebarang keputusan mengenainya dimuktamadkan, kita belum sampai kepada peringkat kelulusan muktamad lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan yang tular dalam media sosial bahawa jajaran LRT Bayan Lepas akan menjejaskan kawasan masjid dan tanah wakaf perkuburan di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini.

Baru-baru ini tular gambar yang menunjukkan kerja-kerja menanda tanah dijalankan di kawasan masjid dan tanah perkuburan di situ sehingga mencetuskan kebimbangan anak-anak kariah masjid berkenaan.

Satu demonstrasi bagi membantah cadangan jajaran LRT tersebut juga dijangka diadakan pada pukul 2 petang hari ini di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini