Salah terajui Mesir buru kejuaraan kelapan AFCON - Utusan Malaysia

Salah terajui Mesir buru kejuaraan kelapan AFCON

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG – Tanggungjawab besar bakal digalas bintang Liverpool, Mohamed Salah apabila diletakkan harapan besar untuk membawa pasukan tuan rumah, Mesir memburu kejuaraan kelapan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Mesir bakal memulakan aksi pembukaan dengan menentang Zimbabwe di Kaherah, awal pagi esok.

Memiliki pemain bertaraf bintang seperti Salah, The Pharaohs kini melonjakkan lagi harapan mereka untuk muncul juara bagi edisi kali ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di Mesir, bola sepak hampir sama dengan pegangan agama. Ia merupakan satu perkara yang gila.

“Mohamed Salah seperti, anda masih ingat ketika David Beckham bersama Real Madrid? Saya berada di sana ketika itu (membimbing Madrid) dan ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan.

“Banyak pengawal keselamatan. Dia tidak mampu untuk berada di jalanan. Hari ini, dalam negara muslim, dalam negara Afrika, dia adalah yang terbaik.

“Sesuatu yang tidak disangkal lagi. Bagi penyokong, dia sama seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo,”kata ketua jurulatih Mesir, Javier Aguirre.

Mesir diundi dalam Kumpulan A bersama Republik Demokratik Congo, Uganda dan Zimbabwe bagi kejohanan yang dijadual berlangsung pada 21 Jun hingga 19 Julai dan memburu gelaran kelapan Afrika.

Sementara itu, pengendali Zimbabwe, Sunday Chidzambwa, percaya Mesir adalah pilihan kejohanan dan mahu bersifat realistik mengenai harapan pasukannya beraksi di Stadium Antarabangsa Kaherah nanti.

“Kami menyedari kekuatan Mesir terutama ketika mereka beraksi di laman sendiri. Kini kami beraksi dalam peringkat kumpulan dan akan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang positif,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini