Beg tangan dalam kereta dilarikan pencuri - Utusan Malaysia

Beg tangan dalam kereta dilarikan pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang wanita warga Filipina tergamam selepas beg tangan yang diletakkan di dalam kereta Perodua Myvi miliknya dilarikan dua lelaki tidak dikenali di Taman Perwaja, Chukai di sini semalam.

Kejadian yang berlaku di perkarangan sebuah kedai runcit di kawasan deretan premis perniagaan di taman perumahan terbabit pada pukul 2.39 petang itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, sewaktu kejadian, wanita warga asing berusia 38 tahun tersebut singgah sebentar di premis perniagaan berhampiran kedai runcit terbabit tanpa menguncikan kereta Perodua Myvi berwarna birunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak lama kemudian datang sebuah kereta Perodua Myvi lain berwarna merah hati dipercayai dinaiki dua lelaki berusia 20-an yang memberhentikan kenderaannya di sebelah kereta milik mangsa.

“Salah seorang suspek yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan kemudiannya keluar sebelum memerhatikan sekeliling sebelum sebelum membuka pintu kereta milik mangsa lalu melarikan beg tangan yang diletakkan di tempat duduk pemandu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Haki berkata, mangsa yang perasan beg tangannya dicuri penjenayah tersebut cuba mengejar kereta dinaiki kedua-dua suspek tetapi gagal kerana kenderaan itu telah memecut laju. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini