Naikkan gaji polis elak rasuah - Utusan Malaysia

Naikkan gaji polis elak rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Cadangan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador agar kerajaan menaikkan gaji anggota polis berpangkat rendah diyakini mampu meningkatkan mutu kerja pasukan keselamatan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, cadangan ini perlu dilaksanakan kerana selain diberikan gaji yang rendah, anggota polis juga terpaksa bekerja lebih masa tanpa elaun tambahan.

“CUEPACS menyokong cadangan Ketua Polis Negara agar kerajaan menyemak semula gaji anggota berpangkat rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini selaras dengan azam untuk melahirkan perkhidmatan awam yang bersih tanpa dibayangi sebarang gejala rasuah,” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Jamuan Sambutan Hari Raya Kesatuan Kebangsaan Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) di sini hari ini.

Tambahnya lagi, kerajaan juga perlu melihat semula tangga gaji anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar pendapatan pasukan keselamatan negara setanding negara maju seperti Singapura dan Australia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini