Dicekup ketika tunggu pelanggan beli heroin - Utusan Malaysia

Dicekup ketika tunggu pelanggan beli heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Cubaan seorang pengedar dadah warga Myanmar menjual dadah tidak kesampaian selepas diberkas di kawasan hutan paya bakau Bagan Teluk Rhu, Sungai Air Tawar, di sini Sabtu lalu.

Penahanan suspek lelaki berusia 45 tahun itu dilakukan pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek dikatakan sedang menuju pelanggan di paya bakau itu yang menjadi antara lokasi pengedaran dadah.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek telah mengedar dadah di sekitar kawasan berkenaan sejak enam bulan lalu.

“Hasil pemeriksaan menemui 17 paket lut sinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 375.81 gram dianggarkan bernilai RM11,274.30 di dalam beg milik suspek.

“Suspek yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri itu juga didapati positif dadah jenis Mop,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas beliau, suspek kini direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×