HLA-HLMT anjur larian amal - Utusan Malaysia

HLA-HLMT anjur larian amal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hong Leong Assurance (HLA) dan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) bakal menganjurkan FiT Charity Run 2019 pada 25 Ogos di Paya Indah Wetlands, Dengkil.

Menurut HLA, pelepasan adalah pada pukul 7 pagi dan pendaftaran kini dibuka kepada orang awam yang berminat untuk menyertai larian enam kilometer ini.

“Sebanyak 500 peserta pertama yang mendaftar akan menikmati Diskaun Pendaftar Awal pada RM38 manakala yuran biasa adalah RM48 bagi setiap peserta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, orang ramai adalah digalakkan untuk mendaftar lebih awal di www.jomrun.comevent bagi menyertai acara amal ini sebelum 16 Ogos 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini