KUALA LUMPUR – Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan program ‘Diagnostic Imaging dan Radiotherapy Colloquium (DIRC) 2019 di Dewan Kuliah 1 dan 2, Blok N, Kampus Jalan Raja Musa Abd. Aziz pada 30 Jun ini.
UKM melalui dalam kenyataannya memberitahu, program yang mendapat kerjasama Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Cancer Care itu akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.
“Kolokium ini boleh menjadi asas kepada pelajar sarjana muda, sarjana dan penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi.
“Oleh itu, mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian di http://bit.ly/2Lbk7fj sebelum 24 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.











