KUALA LUMPUR – Baskin-Robbins bekerjasama dengan jenama pereka tempatan terkenal, Datuk Tom Abang Saufi menghasilkan sebanyak tiga selendang edisi terhad sempena musim perayaan ini
Menurut Baskin-Robbins, ‘Bungkus of Happiness’ merupakan hamper istimewa yang anda boleh kongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Katanya, antara tiga selendang yang direka untuk Baskin-Robbins ialah selendang Ketupat, Ais krim dan Wafel.
“Semua selendang diperbuat dari kain campuran sutera berkualiti tinggi, amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah dan boleh digunakan dengan pelbagai cara, termasuklah dipakai sebagai tudung atau koleksi batik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Promosi bermula dari 3 Jun sehingga 31 Julai 2019 (sementara stok masih ada). – UTUSAN ONLINE











