Kesan militan Daesh dari laut guna Op Redback - Utusan Malaysia

Kesan militan Daesh dari laut guna Op Redback

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Maritim Malaysia (APMM) akan menggunakan Op Redback bagi mengesan sebarang kegiatan migran dari Asia Barat terutama Iran, Pakistan dan Afghanistan dalam mengekang sebarang penularan aktiviti militan Daesh menggunakan laut.

Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim Malaysia, Anor Jaafar berkata, operasi kerjasama Australia Border Force (ABF) itu berikutan Malaysia diakui sebagai transit sebelum ke Australia dan negara lain.

Katanya, bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan berhubung militan Daesh sepanjang Ops Redbacks dilakukan sejak 2011.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia berkemungkinan dipilih disebabkan masyarakat majmuknya yang membolehkan kumpulan itu tinggal bersama sebelum bergerak ke negara lain.

“Kita akan sentiasa mempertingkatkan kawalan kerana kita akui Malaysia sebagai hub berbanding Indonesia,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Op Redback Siri 13/2019 di Pejabat Maritim Selangor di sini hari ini.

Turut hadir Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Michael Growder dan Komander ABF, Chris Waters.

Sehubungan itu, Anor menambah kerjasama turut dijalankan bersama agensi penguatkuasan lain di negara ini terutama dari segi risikan.

Beliau menjelaskan Op Redback yang dilaksanakan selama lima hari bermula hari ini akan melibatkan pemantauan di sekitar Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

“Berdasarkan Op Redback sebelum ini, kita berjaya mengagalkan 376 cubaan pemerdagangan manusia dan penangkapan 456 pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada beberapa buah negara jiran sepanjang tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Chris menegaskan operasi ini merupakan perkongsian strategik yang ditunjukkan dalam kerjasama erat antara APMM dan ABF dalam mendepani cabaran dan keselamatan maritim antara negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×