Futsal Aidilfitri 
erat silaturahim - Utusan Malaysia

Futsal Aidilfitri 
erat silaturahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERSUKAN. Sebanyak 20 pasukan melibatkan generasi peneroka Felda Gugusan Jengka, Maran di Pahang memeriahkan Kejohanan Futsal Raya Sekampung yang diadakan di sini baru-baru ini.

Pengerusi Kami Anak Felda (KAF) Felda Jengka 18, Zale Azman Abd. Malik yang mewakili pihak penganjur kejohanan itu berkata, turut serta dalam acara tersebut ialah pasukan Felda Plantation dari India.

“Kejohanan ini anjuran bersama pihak KAF, pejabat pentadbiran Felda Jengka, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Felda Jengka 18, Jawatankuasa Masjid Jengka 18 serta usahawan Felda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penganjuran buat kali pertama ini mendapat sambutan hangat daripada generasi belia Felda yang mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim,” ujarnya.

Kejohanan tersebut dijuarai pasukan Rendang, diikuti Loyang D (naib juara) dan Bahulu (ketiga).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini