AS tetap gagah tanpa barisan terkuat - Utusan Malaysia

AS tetap gagah tanpa barisan terkuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Biarpun dikritik kerana tidak menunjukkan belas kasihan ketika membelasah Thailand 13-0 dalam aksi pembukaan, namun Amerika Syarikat (AS) sedikitpun tidak memperlahankan rentak ketika menentang Chile pada perlawanan kedua Piala Dunia Wanita, hari ini.

Juara bertahan itu merehatkan sebahagian besar tonggak seperti bintang penyerang, Alex Morgan dan Megan Rapinoe, namun masih terlalu kuat buat Chile apabila menang 3-0.

Bekas Pemain Terbaik Dunia, Carli Llyod meledak dua gol manakala Julie Ertz menambah satu lagi jaringan bagi memasikan AS terus mengungguli Kumpulan F dengan enam mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika menentang Thailand, AS menguasai permainan sepenuhnya, termasuk mendahului 3-0 pada babak pertama, namun skuad bimbingan Jill Ellis kelihatan memperlahankan rentak apabila berdepan Chile.

“Setiap pemain mahukan perkara yang sama iaitu bermain selama yang mungkin dan sebagai jurulatih, anda kena memastikan apa yang anda perlukan dalam permainan,” kata Ellis mengulas tentang tindakan merehatkan Morgan dan Rapinoe.

Hanya empat pemain daripada kesebelasan utama yang menentang Thailand dikekalkan untuk berdepan Chile, pasukan ranking ke-39 dunia yang membuat penampilan sulung Piala Dunia.

Kemenangan di Stadium Parc des Princes, Paris itu membolehkan AS mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati bersama Sweden, yang terlebih dulu mara selepas membelasah Thailand 5-1 di Nice.

AS dan Sweden akan berentap pada Khamis ini untuk menentukan juara Kumpulan F. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini