MADRID 17 Jun – Dua pemimpin sebuah pertubuhan bebas di Galicia, Sepanyol yang dicari polis sejak lebih satu dekad lalu kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, Resistencia Galega akhirnya diberkas, semalam.
AFP yang memetik jurucakap polis sebagai berkata, Anton Garcia dan Asuncion Losada yang menganjurkan ‘perjuangan bersenjata’ untuk menuntut kemerdekaan wilayah barat laut Sepanyol barat laut itu ditahan di bandar pantai Vigo.
Kedua-dua mereka yang bersembunyi sejak 2006 itu akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Galega untuk didakwa atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti keganasan, dalam masa tersebut.
Resistencia Galega merupakan sebuah kumpulan pengganas yang aktif sejak tahun 2000 dan bertanggungjawab atas lebih 60 penggeboman bangunan rasmi dan perniagaan. -AFP











