Thailand ‘diratah’ lagi - Utusan Malaysia

Thailand ‘diratah’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NICE, Perancis – Tidak sampai seminggu selepas dibelasah 13-0 oleh Amerika Syarikat (AS), Thailand sekali lagi menjadi mangsa belasahan dalam bola sepak Piala Dunia Wanita apabila tumpas 1-5 kepada Sweden, sebentar tadi.

Dalam aksi Kumpulan F itu, Sweden mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi Linda Sembrant seawal minit keenam, Kosovare Asllani (minit ke-19) dan Fridolina Rolfo pada minit ke-42.

Pasukan dari Eropah itu terus agresif sebaik sahaja memasuki babak kedua dengan menambah gol keempat menerusi Lina Hurtig pada minit ke-81.

Memuatkan artikel berkaitan…

Thailand berjaya memperoleh gol saguhati menerusi Kanjana Sung-Ngoen seminit memasuki waktu kecederaan, namun Sweden tidak menunjukkan belas kasihan apabila menambah gol kelima menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Elin Rubensson pada minit ke-95. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini