Pulang selepas 19 tahun mengembara - Utusan Malaysia

Pulang selepas 19 tahun mengembara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKALONGAN – Sutiyo Suyatno dari Boyoteluk, Daerah Siwalan, Wilayah Pekalongan akhirnya pulang semula ke rumah selepas mengembara mengelilingi Indonesia selama 19 tahun.

Suyatno, 53, mengembara dengan hanya berjalan kaki menyusuri pelbagai daerah di negara ini.

“Perjalanan terakhir saya dari Jawa menuju ke Aceh. Saya menghabiskan tempoh selama 3 tahun dan empat bulan dan 73 hari untuk mengelilingi pulau Sumatera. Saya juga sudah menggunakan 30 pasang sandal,” katanya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Suyatno, kawasan yang paling diingati olehnya adalah Papua, di mana penduduk di situ sangat menjunjung tinggi hubungan persaudaraan dan mengambil berat antara satu sama lain.

“Awalnya saya takut untuk ke Papua namun ternyata penduduk situ sangat ramah. Kulit hitam hanya luaran, namun hati mereka sangat baik.

“Bahkan mereka selalu menyapa saya dan mengajak berkumpul,” ujarnya.

Tambahnya, dia masih mahu mengembara ke beberapa tempat yang belum sempat dikunjungi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini